Saturday, 9 April 2011

Tiada perkara buruk yang berlaku dan akan berlaku

Bismillah..
Alhamdulillah..infinite syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana nikmatNYA yang berterusan sehingga hari ini. Hakikatnya diri ini sangat sedikit berasa syukur walaupun telah dilimpahkan dengan nikmat yang amat banyak . malu sungguh .

Tetapi manusia tetap mensyukuri nikmatnya walaupun telah diingatkan dengan pelbagai peringatan dan ujian daripadaNya . peringatan dan ujian yang datang samada melalui hambanya (makhluk) ataupun dariNya (khalik) . sering kali juga manusia menyalahkan mengapa mereka tidak memperolehi apa yang diinginkan dan lebih parah lagi apabila manusia menyalahkan mengapa mereka diuji sambil hati tidak redha dengan ketentuanNya . Astaghfirullah~

Hamba yang lemah ini juga tidak terlepas daripada tergolong dalam golongan yang bernasib malang tersebut . bukan malang kerana mendapat ujian ataupun tidak dapat apa yang diinginkan, tetapi malang kerana tidak menerima semuanya dengan hati yang redha . meskipun sudah diingatkan berkali-kali, sama juga .

“Bagi muslim sejati, tiada berita buruk dalam hidupnya” kata senior saya yang amat saya hormati. ayat tersebut agak tergantung tanpa penjelasan, tetapi saya faham apa yang tersirat . Bagi muslim sejati, setiap apa yang terjadi datang daripada ALLAH . bukan sahaja kejadian yang dirasakan baik dilihat sebagai perkara baik, malah kejadian yang dirasakan buruk juga dilihat sebagai perkara baik untuk hidupNya . ahh, jauh sekali diri ini .

Sebelum ayat berharga tersebut dituturkan, saya menyatakan padanya bahawa saya hendak ke cyber cafĂ© untuk mengkhabarkan berita ‘buruk’ kepada keluarga saya . Berita ‘buruk’ yang dimaksudkan ialah berita berkenaan kegagalan permohonan kami (pelajar medic) untuk menaikkan jumlah wang dermasiswa yang menjadi masalah kami semenjak awal-awal sampai ke mesir lagi . perkara tersebut sangat merisaukan kami pada mulanya . tapi saya bersyukur . setelah sekian lama, sahabat-sahabat seperjuangan dan saya dapat menerima berita itu dan tidak lagi panic dan gelisah tika mendengar berita tidak menggembirakan hati tersebut . Alhamdulillah~

Doa selalu untuk mendapat hati yang baik lagi suci
Hakikatnya, apa yang dirasakan baik tidak semestinya baik untuk diri kita . dan apa yang dirasakan tidak baik tidak semestinya tidak baik untuk diri kita . ALLAH maha merancang dan maha mengetahui . dari segi tasawufnya, manusia tiada hak mempertikai keputusan pencipta manusia kerana terpulang kepada sang pencipta untuk berbuat apa sahaj terhadap ciptaanNya . Kita adalah milikNya . walaupun begitu, kasih sayang dan nikmatNya yang kita harapkan serta ancaman dan siksaanNya yang kita takutkan membuktikan keadilanNya ke atas setiap hambaNya .

Hati gusar . hati tersasar ,
Pencipta Hati maha besar ,
Hati meminta . hati.terasa,
Jangan sombong meninggi di depanNya .

Moga hati lebih terbuka .Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Quluubana ‘Ala Dinika wa ‘Ala Tho’atik..
p/s : sama ambil ibrah dan sebarkan kepada sahabat-sahabt yang lain . Doakan diri ini sentiasa tenang dan tabah menghadapi segala macam ujian .

No comments:

Post a Comment