Alhamdulillah . kerana diberi peluang oleh ALLAH bertaubat sehingga ke hari ini . hakikatnya hidup ini sentiasa di dalam dosa . Sebagaimana kata ulama' "Manusia itu telah berdosa bila mana dia merasakan dia tidak berdosa " . Astaghfirullah . Jika begini, layakkah manusia menggelar dirinya hebat? lengkap? perfect? jom muhasabah diri .
"Semoga panjang umur dan murah rezeki" . bila selalu dengar ucapan ni? hari kelahiran bayi? atau hari kematian?(xpatut btol) . Ya, kita selalu dengar pada hari ulangtahun kelahiran . ayat ni kelihatan pelik . ada maksud yang tersembunyi? tak gitu?
Ikuti perbualan ini .
A : Kenapa ucap "semoga panjang umur" . awak tahu bila saya akan mati ke?
Z : Eh, tak baik awak cakap macam tu . cubalah husnuzzon sikit . saya selalu dengar orang sebut gitu, saya pun sebut la gitu .
A : Oh, maknanya awak ni tak ada pendirian lah ya? ikut saja apa orang buat? macam mana kalau saya kata ucapan tu ada kaitan dengan kematian? apa pendapat awak?
Z : tak ada lah . tak salah pun. so, tak salah lah saya ikut. ada kaitan awak kata? awak biar betul . panjang umur kan doa supaya hidup lebih lama .
A : Betul ke boleh hidup lebih lama kalau ramai orang doakan kita begitu? kalau macam tu saya nak suruh anak-anak murid saya yang beribu-ribu tu doakan saya begitulah..
Z : err....bukan macam tu...
A : baiklah . begini . bagi saya ucapan ni kurang sesuai . kerana ajal telah ditetapkan . boleh ke ubah ajal dengan doa? tidak . "tidak akan ditangguhkan atau diawalkan walaupun sesaat" kata Allah . umur kita semakin hari semakin bertambah . maka, semakin hari kita semakin dekat dengan ajal . "semoga panjang umur" tu hanya untuk legakan hati ke? ish, xbaik gitu . Umur tak boleh dipanjangkan . so, doa ni tak sesuai la.
haha... |
Z : Oh, kalau macam tu, doa apa...err,maksud saya ucapan apa yang sesuai diucapkan kepada birthday boy (macam saya hari ni) dan birthday girl ?
A: doakan apa-apa saje . tapi bukan yang ini dan yang lebih pelik daripada ini .
Z : contohnya?
A : contohnya "Semoga umur yang berbaki ini diberkati ALLAH dan diisi dengan ibadah dan perjuangan menegakkan agama ALLAH" . tidak jadi masalah jika mengingatkan orang tu kepada mati . kerana yang paling hampir itu mati .
berminat la nak beli motor . sape yang baik hati, tolong belanje saya beli motor ni . ^^ |
kalau begitu, saya nak dengar ucapan semangat yang lebih baik dari biasa . biar langkah seterusnya lebih rancak dan lancar menuju ALLAH , insyaALLAH . saya bukan mengharapkan hadiah atau apa-apa barang berjisim dan berharga . doa untuk diri yang fakir ini saja sudah memadai . kalau nak bagi hadiah, dipersilakan . ^^
terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ingat hari penting bagi saya ni . Jazakallahu Khairan Kathira . sengaja saya ubah birthday saya tu . nak buat kajian . ^_^ . Ukhuwwah fillah abadan abada . Ucapan "Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran dan semoga umur yang berbaki ini diberkati ALLAH dan diisi dengan ibadah dan perjuangan menegakkan agamaNya" kepada kembar saya ; Suhailah Bt Sairan (sahabat di SAMBBST) , Hazirah Zainol Azam (sahabat di SAMTKKB waktu STAM sekejap dulu) , Aidil Razahli (sahabat di Universiti Ain Shams,Mesir sekarang ni) . Moga bahagia selalu .
Ma'assalamah..
nice entry .
ReplyDeleteucapan ni dah jadi adat . kadang2 x ada niat apa pun .., tapi terima kasihlah syer entri ni . insya Allah semoga lepas ni disamping kita mendoakan orang lain , kita juga dapat sama2 memperbaiki amalan .
kata/ulasan saya untuk post kali ni *eceh~ dah macam cikgu la pulak* : BETULKAN YANG BIASA dan BIASAKAN YANG BETUL . :))
Eika Fereizya SM-beribu maaf dipohon.entri ni hnyalah pndgn sy.tapi,pndgn sy trnyata meleset stlah membaca link yg di'post' oleh aimi akmal yg sy ltakkan dlm entri brtajuk 'Semoga Panjang Umur 2'..maaf atas khilaf dan perangai saya (malas) tidak membuang entri yg salah ni.maaf.
ReplyDelete