Wednesday 18 April 2012

nak mula balik?entahlah..

aku pon xtau nape aku tulis balek kt blog usang aku neh.xbetul ke hape,dah la dah pkul 2.20 pagi..xtido,pastu buat keje bodo..

macam2 aku kena muhasabah hari ni..masalahnye xsedar diri.muhasabah2,ulang buat benda sama balek.haih,cmna la nk jadi pejuang neh..

rase2 nk start balek blogging ke x eh?dah la xpndai mnulis,bercakap pon hancuss..

*bersepah2.xtersusun.memang aku ade masalah.

ampunkan aku,ya Allah..benarkan hamba bertahajjud,bermunajat padamu sepanjang malam ini ya Allah~

Thursday 19 May 2011

-dakwah-

Berdakwah bukan nak pengaruh,
tapi Allah suruh, jadi kena
bersungguh, dari siang sampai
subuh, tak kira hujan panas petir
guruh, dekat atau jauh, jangan
bertangguh, berbekal iman yang
kukuh, serta sabar yang ampuh,
jangan mengeluh, elakkan
semangat yang rapuh, ambil
jernih buang keruh, hadapi ujian
jangan lumpuh, matlamat mesti
teguh, agar kesatuan umat jadi
utuh, insyaAllah bahagia sampai
jasad berpisah dari ruh..

Sunday 1 May 2011

Semoga Panjang Umur 2

salam alaikum..

entry yang pendek . hanya untuk membetulkan silap yang telah diwar-warkan . minta maaf sangat-sangat . boleh saja kalau nak ucapkan perkataan tersebut . ada dalil dan hadith . ikuti link ni . http://mymezha.multiply.co
m/journal/item/5 . 

syukran.salam

Thursday 28 April 2011

Semoga Panjang Umur

Bismillah.

Alhamdulillah . kerana diberi peluang oleh ALLAH bertaubat sehingga ke hari ini . hakikatnya hidup ini sentiasa di dalam dosa . Sebagaimana kata ulama' "Manusia itu telah berdosa bila mana dia merasakan dia tidak berdosa " . Astaghfirullah . Jika begini, layakkah manusia menggelar dirinya hebat? lengkap? perfect? jom muhasabah diri .

"Semoga panjang umur dan murah rezeki" . bila selalu dengar ucapan ni? hari kelahiran bayi? atau hari kematian?(xpatut btol) . Ya, kita selalu dengar pada hari ulangtahun kelahiran . ayat ni kelihatan pelik . ada maksud yang tersembunyi? tak gitu?

Ikuti perbualan ini .

A : Kenapa ucap "semoga panjang umur" . awak tahu bila saya akan mati ke?

Z : Eh, tak baik awak cakap macam tu . cubalah husnuzzon sikit . saya selalu dengar orang sebut gitu, saya pun sebut la gitu .

A : Oh, maknanya awak ni tak ada pendirian lah ya? ikut saja apa orang buat? macam mana kalau saya kata ucapan tu ada kaitan dengan kematian? apa pendapat awak?

Z : tak ada lah . tak salah pun. so, tak salah lah saya ikut. ada kaitan awak kata? awak biar betul . panjang umur kan doa supaya hidup lebih lama .

A : Betul ke boleh hidup lebih lama kalau ramai orang doakan kita begitu? kalau macam tu saya nak suruh anak-anak murid saya yang beribu-ribu tu doakan saya begitulah..

Z : err....bukan macam tu...

A : baiklah . begini . bagi saya ucapan ni kurang sesuai . kerana ajal telah ditetapkan . boleh ke ubah ajal dengan doa? tidak . "tidak akan ditangguhkan atau diawalkan walaupun sesaat" kata Allah . umur kita semakin hari semakin bertambah . maka, semakin hari kita semakin dekat dengan ajal . "semoga panjang umur" tu hanya untuk legakan hati ke? ish, xbaik gitu . Umur tak boleh dipanjangkan . so, doa ni tak sesuai la.
haha...

Z : Oh, kalau macam tu, doa apa...err,maksud saya ucapan apa yang sesuai diucapkan kepada birthday boy  (macam saya hari ni) dan birthday girl ?

A: doakan apa-apa saje . tapi bukan yang ini dan yang lebih pelik daripada ini .

Z : contohnya?

A : contohnya "Semoga umur yang berbaki ini diberkati ALLAH dan diisi dengan ibadah dan perjuangan menegakkan agama ALLAH" . tidak jadi masalah jika mengingatkan orang tu kepada mati . kerana yang paling hampir itu mati . 
berminat la nak beli motor .
sape yang baik hati, tolong belanje
saya beli motor ni . ^^


kalau begitu, saya nak dengar ucapan semangat yang lebih baik dari biasa . biar langkah seterusnya lebih rancak dan lancar menuju ALLAH , insyaALLAH . saya bukan mengharapkan hadiah atau apa-apa barang berjisim dan berharga . doa untuk diri yang fakir ini saja sudah memadai . kalau nak bagi hadiah, dipersilakan . ^^

terima kasih kepada sahabat-sahabat yang ingat hari penting bagi saya ni . Jazakallahu Khairan Kathira . sengaja saya ubah birthday saya tu . nak buat kajian . ^_^ . Ukhuwwah fillah abadan abada . Ucapan "Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran dan semoga umur yang berbaki ini diberkati ALLAH dan diisi dengan ibadah dan perjuangan menegakkan agamaNya" kepada kembar saya ; Suhailah Bt Sairan (sahabat di SAMBBST) , Hazirah Zainol Azam (sahabat di SAMTKKB waktu STAM sekejap dulu) , Aidil Razahli (sahabat di Universiti Ain Shams,Mesir sekarang ni) . Moga bahagia selalu .

Ma'assalamah..

Monday 25 April 2011

All Begins with You


Bismillah..
ni la sender message tu..

Hari ni, bila cek fb pakai handset, ada lah satu mesej dari seorang mak cik (student je sbnrnye.tp sbb dia pggil sy atok, ni la balasannya.ni satu gurauan ye? sy xsuka bls2 dendam ni klau xprlu.)

“Assalamualaikum atok . maaf la kacau . nak tanya sikit boleh? Tengah tercari-cari maksud ayat ni ‘Binalah Islam dalam dirimu agar tertegak Islam di sekelilingmu’ .  Apa yang cuba disampaikan ya? Jawablah bila ada masa ya? Minta maaf menyusahkan . terima kasih .”

soalannya agak menarik jugak . insyaALLAH saya cuba kongsikan demi manfaat semua . first of all, saya sibuk jugak lah kebelakangan ini . sampai tak sempat nak taip untuk post baru . nak fikirkan pun macam tak ada masa . tapi bila dapat mesej di atas ni, ada lah idea untuk dikongsikan di sini . lagipun, cuti 4 hari . siapa tak suka? Dapatlah saya update blog ni .^^

“Binalah Islam dalam dirimu agar tertegak Islam di sekelilingmu”

Saya suka quote ni . macam pernah dengar . tapi di mana ya? ha,ada kaitan dengan usrah gabungan perubatan semalam dan usrah gabungan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) bawah manhaj Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pagi tadi . kebetulan . subhanallah, teraturnya aturan ALLAH untuk kita . kedua-duanya membentangkan Bahagian Kedua dan Pertama kitab ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ karangan Syeikh Fathi Yakan respectively . so, dapatkan kitab tu, bedah sampai paham . sangat bagus . kalau rasa susah nak dapat, bagitau saya . okay?

Baiklah, berbalik kepada persoalan berkenaan quote di atas . pernah dengar mengenai maratib amal tak? Kalau tak pernah dengar tu, kena kaji lagilah, sahabat-sahabat ye? Sebab benda ni sepatutnya cair dah dalam kefahaman kita . dah memang kewajipan kita menegakkan Islam . maka, wajiblah kita tahu mengenai ilmu-ilmu dalam usaha-usaha harakah islamiyyah demi menegakkan Islam . (wah,subjek ni agak berat ni..tapi bagi yang jelas fikrahnya, mudah saje). Bagi yang baru mendengar berkenaan hal ini, teruskan menuntut dan mendalami ilmu perjuangan Islam . (saya pon baru belajar jugak psl ni) .
Maratib Amal mempunyai beberapa tingkat yang wajib dilalui mengikut susunan sebelum terbentuknya penguasaan Islam di dunia . Ianya adalah ;

1.Fardu (individu) muslim
2.Bait Muslim (keluarga)
3.Mujtama’ Muslim (masyarakat)
4.Daulah Islamiyyah
5.Khalifah Islamiyyah
6.Empayar Islam
7.Ustaziatul ‘Alam

Baiklah, fokus . fokus kepada tingkat yang pertama . dan kaitkan dengan tujuan yaitu tingkat yang terakhir . Maratib ini mesti mengikut turutan . Maka, takkan terhasillah Negara (Daulah) Islam jika tak dimulakan dengan individu muslim . apatah lagi, empayar Islam dan ustaziatul ‘alam . pointnya di sini ialah perlunya diri sendiri sebagai individu muslim berusaha menjadi muslim sejati dengan memantapkan ilmu akhirat dan dunia .

“In order for the world to change, it begins with you”

Dari segi uslub dakwah, kita tahu Islam tertegak dengan perbuatan (cth;akhlak) . sebagaimana yang kita tahu, Uslub dakwah Rasulullah S.A.W. pada awal penyebaran Islam ialah melalui akhlak yang mulia baginda iaitu amanah dan bercakap benar . Jadi, (perlulah) ke atas diri kita memperbaiki diri dan beramal dengan akhlak yang mulia untuk mengubah kawasan sekeliling .

Segalanya Bermula Dari Diri Sendiri . Kalau kamu nak dihormati, hormati orang lain dulu . kalau nak disayangi, harus menyayangi terlebih dulu . kalau nak menerima, harus memberi terlebih dahulu . kalau nak diperlakukan dengan kebaikan, haruslah berbuat baik kepada orang lain terlebih dahulu . Begitulah juga jika kita inginkan tertegaknya Islam di sekeliling, haruslah Islam ditegakkan di dalam diri sendiri terlebih dahulu . Ini formula . mudah saja . nak amal? Tu yang jadi masalah . Usaha!

 Jadi, kita kenalah sedar apa peranan kita sekarang ni . bak kata Ustaz Mujahid Bin Ir Fadzil “Kerja kita sekarang adalah buat kerja” . maksudnya, kita harus bergerak menambahkan ilmu pengetahuan, bina diri, kemudian bekerja untuk Islam . siapa lagi kalau bukan kita? Jangan cerita tentang kelemahan orang lain sedangkan diri sendiri pun lemah . jangan cerita tentang kehebatan orang lain sedangkan tidak mengorak langkah mengikut jejak langkahnya .~Dakwah jangan dilupa…kewajipan kot..
Untuk akhirnya, saya harap entri ini dapat mendatangkan manfaat untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian . Bersama Beramal Untuk Islam . Siiru Ala Barakatillah..

Wallahua’lam..

p/s ; doakan diri ni dapat men’stabil’kan ilmu dunia dan agama(akhirat) di dalam diri . Moga ilmu agama tak ditinggalkan, ilmu dunia tak diabaikan .

Monday 18 April 2011

-Kisah Raja Azzam-

بسم الله الرحمان الرحيم

Ahamdulillah . infinite syukur atas nikmat terbesarnya ; iman dan islam .
Pernah dengar cerita tentang Raja pada zaman dahulu tak? Pasal selipar atau kasut tu . ada pengajaran yang berharga yang ingin saya kongsikan untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi hidup .
Siapa yang dah pernah dengar tu, baca sajalah ya? Mana tahu waktu dia pernah dengar atau baca dulu, dia tak dapat memahami dan menjiwai cerita tersebut . baiklah, mari mulakan .

Raja Azzam
Pada zaman dahulu, ketika manusia masih lagi hidup dalam keadaan seperti orang asli, terdapat satu kerajaan yang hebat dipimpin oleh Raja Azzam (nama ni saya yang bagi.so, confirm2lah cerita ni dongeng. Tapi ada baiknya ambil pengajaran daripada cerita dongeng) .Wilayah pemerintahan raja ini sangat luas . Rakyat dan juga raja pada zaman itu hanya berkaki ayam (tidak berkasut) . nak dijadikan cerita, suatu hari Raja Azzam ingin membuat lawatan dan tinjauan ke tanah-tanah kawasan pemerintahannya . Rakyat begitu teruja untuk menyambut kedatangan raja mereka ke kawasan mereka . Maka dengan itu, mereka membuat persediaan terbaik sempena hari penting yang sangat dinanti-nantikan . (raja ni mesti baru dapat hidayah . da memerintah lama, baru sekali nak memantau..eh,xbaik la gitu.husnuzzon sikit..raja tu baru sembuh daripada penyakit kot^^) . Maka tibalah hari yang sangat dinantikan . Sebaik sahaja raja turun daripada kenderaan rasmi, terus dia melompat kerana terpijak tanah tidak rata yang tajam dan kotor . Maka dengan murka, raja tersebut terus pulang ke istana .

Hal ini sampai kepada pengetahuan penasihat raja tersebut . maka dipanggillah ahli fikir dalam kalangan rakyat untuk memikirkan jalan oenyelesaian bagi masalah tersebut . setelah lama berfikir, akhirnya bangunlah seorang pelajar yang pernah menolong ibunya membuat karpet . karpet dibuat untuk memberi keselesaan dan lapik agar tidak berasa sakit . maka, berlakulah satu sesi penyediaan karpet di satu kawasan . hamper semua tanah dan lantainya dilapik oleh karpet . maka rombongan raja ke kawasan itu sangat memberi kegembiraan kepada semua rakyat dari pelbagai tahap . setelah satu rombongan berlalu, rombongan kedua menanti . bukannya kecil kawasan pemerintahan Raja Azzam . kalau nak dilawat, mungkin lebih 100 kali lawatan baru selesai lawatan ke semua tanah pemerintahan beliau . Sebelum lawatan kedua berlangsung, pegawai kewangan istana membentangkan belanja lawatan pertama mereka . Lawatan tersebut telah memakan belanja yang sangat besar sehingga boleh memberi kesan kepada urusan lain yang lebih penting .

Maka ahli pemikir dipanggil semula untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik . apa pun yang berlaku, raja tersebut ingin bertemu dengan semua rakyatnya . dalam mesyuarat tergempar, seorang ahli pemikir bangun dan memberikan satu alat atau gajet untuk dipakai pada kaki (kasut la tu) . Lalu apabila alat tersebut dibawakan kepada raja, raja terus meneruskan lawatannya dengan lancar serta tidak memerlukan belanja yang besar .  Kesemua program lawatan tersebut berjalan dengan lancar. Maka Raja Azzam bercadang ingin mengurniakan pingat penghargaan kepada ahli pemikir tadi . Ahli Pemikir tadi dengan tenang mengatakan dalam ucapannya

“Biar kita susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan , bukan menyesuaikan keadaan dengan diri”

Begitulah cerita yang menarik tetapi jadi tidak menarik kerana diolah oleh saya (-_-) . Maka pengajaran daripada cerita ini telah saya nyatakan dengan jelas dalam cerita di atas . sama-samalah kita berfikir dan beramal dengan ilmu yang kita dapat .

 العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

Sama-samalah kita beramal dan menyampaikan kepada orang lain .
Wallahu a’lam….

Sunday 10 April 2011

Hati orang siapa yang tahu

Bismillah..
Alhamdulillah . masih berkesempatan menaip dan menyiapkan post kali ini . kesyukuran yang tidak terkira hanya untuk DIA, pencipta segala .

Kali ini saya ingin mengetengahkan tentang satu kisah yang amat membuat saya sedar dan insaf . Insaf daripada mengulangi lagi perkara yang sama . Kisah ini saya dapat ketika saya meminta maaf daripada seorang sahabat seperjuangan yang bagi pendapat saya ingin menerangkan tentang perasaannya ketika itu . Apa pun, saya sangat-sangat menyesali perkara tersebut dan mengharapkan sebenar-benar kemaafan daripadanya .

Di sebuah kawasan, tinggal seorang ibu bersama anaknya yang sangat nakal . budak kecil tersebut selalu menyakitkan hati orang lain termasuklah ibunya . Suatu hari, ibunya menegur perbuatan mazmumahnya itu . Budak itu dengan selambanya menjawab “alah, nanti da mintak maap oke la tu..” . Ibunya cuba menerangkan dengan lebih jelas . lalu ibunya menyarankan anaknya supaya megetuk paku di dinding setiap kali menyakitkan hati orang lain . kemudian mencabut semula paku tersebut setelah meminta maaf kepada orang yang disakiti tersebut . jadi, budak nakal itu pun lakukan saja seperti apa yang disarankan oleh ibunya . sampai suatu ketika, setelah budak tersebut mencabut paku daripada dinding, ibunya berkata “Cuba tengok kat dinding tu . walaupun paku dah dicabut, tetap ada kesan lubang yang dalam pada dinding tersebut “ . maka ibunya menjelaskan sebabnya menyarankan anaknya berbuat begitu . Begitulah hati manusia . memaafkan mungkin senang . tetapi tetap meninggalkan kesan yang mendalam .

"sorry, i can't be..perfect"..(lagu ape nth.tp prnh dgr la)


asif giddan
Oh,bersalahnya rasa . banyak sangat kesalahan dan kecacatan dalam kaedah dakwah . walaupun senang diri berkata “takpe la..aku masih belajar..” . tetapi tidak patutlah hati sahabat ataupun orang sekeliling menjadi bahan ujikaji . saya sedar kesalahan saya . saya juga manusia . saya masih di dalam pembelajaran . maka saya sangat merasa bersalah dan saya amat-amat mengharapkan kemaafan daripada mereka yang telah saya sakiti meskipun saya tidak sedar akan semua ini sebelum ini .




 Berjuta terima kasih saya rakamkan untuk sahabat saya yang dengan ringan hati, menegur kesalahan saya . dengan teguran itulah saya dapat menyedari kelemahan dan kecacatan diri . saya manusia biasa . manusia biasa akan merasa tidak biasa bila kesalahannya dibongkar dan ditegur . moga-moga hati saya akan menjadi lebih terbuka agar tenang menerima teguran walau dengan apa uslub dan cara sekalipun .

“Serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada“

Saya ingin jadi seorang daie yang dapat menjalankan tugas sebaik mungkin . saya ingin menegakkan kalimah ALLAH yang mulia . saya ingin menjadi doctor jasmani dan rohani . saya ingin menjadi seorang anak yang disayangi . saya ingin menjadi penuntut yang barbudi . saya ingin menjadi sahabat yang sejati . tetapi, saya tetap manusia . sahabat-sahabat semua tahu bahawa manusia idak terlepas daripada membuat kesalahan . Maka saya amat mengharapkan teguran sahabat-sahabat agar kesalahan dapat disedari, kesilapan dapat diperbaiki .

“Ingat mengingatilah . sesunggunya ingat mengingati itu memberi manfaat untuk orang-orang yang beriman”

Sama-samalah kita meringankan lidah untuk menegur dan men’terbuka’kan (menjadikan terbuka) hati untuk menerima teguran .
Terima kasih sahabat~