Monday, 18 April 2011

-Kisah Raja Azzam-

بسم الله الرحمان الرحيم

Ahamdulillah . infinite syukur atas nikmat terbesarnya ; iman dan islam .
Pernah dengar cerita tentang Raja pada zaman dahulu tak? Pasal selipar atau kasut tu . ada pengajaran yang berharga yang ingin saya kongsikan untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik dan sentiasa tenang dalam menghadapi hidup .
Siapa yang dah pernah dengar tu, baca sajalah ya? Mana tahu waktu dia pernah dengar atau baca dulu, dia tak dapat memahami dan menjiwai cerita tersebut . baiklah, mari mulakan .

Raja Azzam
Pada zaman dahulu, ketika manusia masih lagi hidup dalam keadaan seperti orang asli, terdapat satu kerajaan yang hebat dipimpin oleh Raja Azzam (nama ni saya yang bagi.so, confirm2lah cerita ni dongeng. Tapi ada baiknya ambil pengajaran daripada cerita dongeng) .Wilayah pemerintahan raja ini sangat luas . Rakyat dan juga raja pada zaman itu hanya berkaki ayam (tidak berkasut) . nak dijadikan cerita, suatu hari Raja Azzam ingin membuat lawatan dan tinjauan ke tanah-tanah kawasan pemerintahannya . Rakyat begitu teruja untuk menyambut kedatangan raja mereka ke kawasan mereka . Maka dengan itu, mereka membuat persediaan terbaik sempena hari penting yang sangat dinanti-nantikan . (raja ni mesti baru dapat hidayah . da memerintah lama, baru sekali nak memantau..eh,xbaik la gitu.husnuzzon sikit..raja tu baru sembuh daripada penyakit kot^^) . Maka tibalah hari yang sangat dinantikan . Sebaik sahaja raja turun daripada kenderaan rasmi, terus dia melompat kerana terpijak tanah tidak rata yang tajam dan kotor . Maka dengan murka, raja tersebut terus pulang ke istana .

Hal ini sampai kepada pengetahuan penasihat raja tersebut . maka dipanggillah ahli fikir dalam kalangan rakyat untuk memikirkan jalan oenyelesaian bagi masalah tersebut . setelah lama berfikir, akhirnya bangunlah seorang pelajar yang pernah menolong ibunya membuat karpet . karpet dibuat untuk memberi keselesaan dan lapik agar tidak berasa sakit . maka, berlakulah satu sesi penyediaan karpet di satu kawasan . hamper semua tanah dan lantainya dilapik oleh karpet . maka rombongan raja ke kawasan itu sangat memberi kegembiraan kepada semua rakyat dari pelbagai tahap . setelah satu rombongan berlalu, rombongan kedua menanti . bukannya kecil kawasan pemerintahan Raja Azzam . kalau nak dilawat, mungkin lebih 100 kali lawatan baru selesai lawatan ke semua tanah pemerintahan beliau . Sebelum lawatan kedua berlangsung, pegawai kewangan istana membentangkan belanja lawatan pertama mereka . Lawatan tersebut telah memakan belanja yang sangat besar sehingga boleh memberi kesan kepada urusan lain yang lebih penting .

Maka ahli pemikir dipanggil semula untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik . apa pun yang berlaku, raja tersebut ingin bertemu dengan semua rakyatnya . dalam mesyuarat tergempar, seorang ahli pemikir bangun dan memberikan satu alat atau gajet untuk dipakai pada kaki (kasut la tu) . Lalu apabila alat tersebut dibawakan kepada raja, raja terus meneruskan lawatannya dengan lancar serta tidak memerlukan belanja yang besar .  Kesemua program lawatan tersebut berjalan dengan lancar. Maka Raja Azzam bercadang ingin mengurniakan pingat penghargaan kepada ahli pemikir tadi . Ahli Pemikir tadi dengan tenang mengatakan dalam ucapannya

“Biar kita susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan , bukan menyesuaikan keadaan dengan diri”

Begitulah cerita yang menarik tetapi jadi tidak menarik kerana diolah oleh saya (-_-) . Maka pengajaran daripada cerita ini telah saya nyatakan dengan jelas dalam cerita di atas . sama-samalah kita berfikir dan beramal dengan ilmu yang kita dapat .

 العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

Sama-samalah kita beramal dan menyampaikan kepada orang lain .
Wallahu a’lam….

No comments:

Post a Comment