Jadi, saya mula tertarik untuk berkongsi ini kerana beberapa faktor :
1) masa yang sangat lapang sepanjang saya menjadi pelarian politik mesir .^^
2) seronok membaca blogs kawan-kawan yang sangat kreatif .
3) yang ni saya rasa patut jadi no.1 (tapi malas pulak nak edit balik) . saya belajar sesuatu yang sangat berharga daripada program SPIES yang baru saya lalui . saya sedar tentang tujuan hidup sebagai khalifah yang mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat . saya suka quote ni " Erti Hidup Pada Memberi , Indah Hidup Bila Berbakti "(dah tertulis kat bawah tajuk blog dah pon) . Jadi, saya ingin menulis untuk memberi dan berkongsi dan kalau boleh ingin berbakti agar dapat memahami erti hidup dan merasakan keindahannya .
*macam lah aku ni pakai cermin mata* |
Moga-moga ALLAH beri kekuatan untuk memikul tanggungjawab ini . Saya sengaja menggunakan cara penulisan yang agak skema kerana bila lagi saya nak menulis begini? asyik dengan short form . 'Bahasa jiwa bangsa' . walaupun saya bukan U*** (jangan salah anggap..~) yang asyik memperjuangkan Melayu, tetapi saya ada kesedaran bahawa kekuatan bahasa tempatan dapat memajukan masyarakat tempatan di sesebuah negara . penggunaan kata ganti diri 'saya' harap tidak menjadi masalah dan persoalan .
okeylah begitu . saya amat memohon tunjuk ajar dari sahabat-sahabat pembaca blog saya .mohon ditegur kalau ada salah silapnya . saya suka lagi satu quote . 'LIFE IS ABOUT MAKING CHOICES' . idea dan pendapat saya tidak semestinya diterima dan dibenarkan bulat-bulat, tetapi anda harus membuat penilaian dan pilihan sendiri . tegur dan radd(bangkang)lah saya jika rasa salah .
Salam perkenalan..and thank you in advance~
Salam 'alaikum wbt.
bagus niat tu Doc,tapi tak sabar nak tggu Doc update mase smpai kat mesir nanti.leh tahu bnyk psl bumi para anbia' tuh.saya sentiase eksaited nak denga cite dari student over c cam doc.
ReplyDeletejgn lupe share bnyak2 cte k?sharing is caring.HAHA
11 March 2011 06:33
insyaALLAH..tp klau nk rse,kne dtg sndiri la
ReplyDeletekalu ade rezki ade lah mesir,kalu ade rezki ade lah u.
ReplyDeletetapi arapnye ade lah rezki tuh,hermm..