Thursday, 10 March 2011

Beri = Pass

Bismillahirrahmanirrahim .
Salam 'alaikum,sahabat seperjuangan sekalian .

Erti Hidup pada memberi . berkaitan quote yang saya sangat suka itu, saya baru saja menambah pemahaman saya tentang erti hidup . hari ni, saya telah banyak kali memberi . (wah,riak pulak dia..) .betul, banyak kali jugalah .dan saya sangat-sangat merasai kebahagiaan selesai sahaja memberi . tak berapa lama lepas itu, saya memberi lagi . fuh, bayangkanlah betapa bahagianya saya hari ini .

Nak tahu saya beri apa? kalau tak cerita karang, kalian kata saya riak je lebih . isi dan angkat bakul sendiri pula dikatakan nanti, hehe . mm, kebahagiaan saya bermula sebaik sahaja saya masuk court futsal di shah alam .best la .walaupun saya tak berapa pandai main, tapi seronok , haha . setiap kali saya dapat bola, saya berilah pula pada orang lain . banyak kali jugalah . tapi disebabkan saya tak berapa pandai main, tak selalulah saya dapat bola dari geng (merendah diri la pulak..ish,xde . mmg betul camtu pon . nak buat macam mana) . tapi betul, kalau anda main bola pun, mesti rasa seronok kalau dapat beri (pass) bola kepada geng (kalau dapat kat orang lain tu laen citer la.minta maaf la pada geng) .  ~Jika ingin DIBERI , BERILAH terlebih dahulu~

bagila bola tuh..

Selain itu, saya seronok kerana dapat memberi diri ini nafkah zahir iaitu bersukan . alangkah bahagianya~ . moga masa saya selepas daripada ini banyak dimanfaatkan seperti hari ini . anda juga harus memberi . rasakan kebahagiaan . main bola pun jadilah . dapat beri sedikit, ucapkan alhamdulillah . moga-moga ALLAH memberi apa yang terbaik untuk hidup kita .

ukhuwwah fillah. riadhah mengeratkan ukhuwwah

"MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI"

wallahua'lam.ilalliqa' ma'assalamah~ 
                 

1 comment: