Saturday, 26 March 2011

Mabruk ya Misr~


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat sekalian.

Sudah lama rasanya saya tidak meng’update’ blog ini . apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian hari ini?jarang-jarang dengar,kan?Persoalan ini harus selalu ditanyakan pada diri sendiri setiap hari . dan sangat digalakkan untuk ditanyakan pada setiap kali sebelum tidur pada malam hari sebagai pentup bagi hari tersebut . ia juga dipanggil muhasabah diri . hal ini pernah disebutkan oleh pejuang hebat iaitu Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang bermaksud “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab .

Oh,meleret pula . sebenarnya kali ini saya nak tunjukkan kepada sahabat-sahabat tentang perubahan yang berlaku di mesir (ceh,mcm al-jazeera pon ade) . masuk hari ini,sudah seminggu sehari saya berada di sini . mm,pada mulanya saya tak menjangkakan perkara sehebat ini boleh berlaku . saya sangat kagum dan teruja malah respect misriyyun ni . mana tidaknya , menurut apa yang dikatakan oleh Ustaz Alang (slh sorg ustz yg blaja d cni jgk), revolusi mesir ini yang paling aman pernah berlaku . tambahan pula, ia hanya mengambil masa yang singkat berbanding negara lain spt. Tunisia .

Dan pada minggu lepas, mereka (misriyyun) ramai-ramai membuang undi samada hendak menggubal undang-undang yang ada sekarang ataupun memperbaharuinya . dan keputusannya, saya dengar 70% ke atas memilih untuk menggubal . ish,susah pula kalau nak terang semua di sini . untuk pengetahuan lanjut, silalah tengok Wikipedia ataupun lain-lain . aduh,meleret lagi .

Okey, saya akan menyertakan gambar-gambar perbandingan semasa muzoharat (tunjuk perasaan,asal perkataan zoharo.haha, kelas bahasa pulak) dan selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak . sedikit sahaja . oh,ada lagi . gambar-gambar yang mengagumkan saya sehingga jantung berdegup (mestila.kalau tidak,mati..) dan menyentuh perasaan saya . saksikan…




nampak tak persamaan tempat ni?jurukamera amatur la katekan.sabo jela.


yang ni pon agak sukar,kan?tp betol,kat tmpt yg sme.


ni yang baru.

kesedaran mereka tentang kbersihan dan pembaziran terserlah.

dan yang ini saya paling kagum.islam dan kristian bersatu demi hak


Dan akhirnya, saya mohon agar sahabat-sahabat memikirkan apa yang kita dapat daripada revolusi yang mana meniupkan sifat gerun dan takut ke dalam hati para pemimpin kuku besi dan zalim . ianya kian merebak. moral dan pengajaran yang paling penting ialah "Kita berhak bersuara" .


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Jihad yang paling tinggi nilainya adalah mengucapkan kalimah hak (menyatakan kebenaran) di hadapan penguasa yang zalim .

wallahua'lam..

1 comment:

  1. alhamdulillah nmpak tenang sket.moga pemerintah yg baru akn dipilih nnt betul2 layak utk memimpin bumi anbiya' tuh.

    ReplyDelete